Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2020

JENIS AYAT

JAWAPAN TIDAK PERLU PANJANG LEBAR NYATAKAN SECARA RINGKAS AYAT TANYA: AT AYAT PENYATA: A.PEN AYAT SERU: AS AYAT PERINTAH : A.PR latihan 1 Tentukan jenis ayat di bawah : 1.Aduh, sakit kakiku ini 2.Mangsa kemalangan itu telah dihantar ke hospital. 3.Harap hadirin bersabar seketika. 4.Bilakah tarikh perkahwinan Badrul? 5.Leornardo Da Vinci merupakan pelukis potret Monalisa. 6.Kampung saya bernama Kampung Aman. 7.Biarkan sahaja mereka bermain di situ . 8.Hebatkah Panglima Hitam berbanding Panglima Jali ? LATIHAN 2 Tukarkan ayat penyata di bawah kepada ayat tanya tanpa mengubah maksud asalnya . (i) Ibu bapa perlu sentiasa memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada ada anak – anak agar mereka tidak berasa tersisih. (ii) Majalah ini diterbitkan di New York. (iii) Kita perlu bersenam sekurang – kurangnya seminggu sekali. (iv) Syarikat telekomunikasi itu kepunyaan Dato’ Malik. (v) Mereka berlepas ke Mekah petang tadi.

RUMUSAN 3

Soalan Rumusan 3:   Baca petikan yang diberi di bawah dan tulis satu rumusan tentang ciri-ciri masyarakat majmuk di Malaysia  dan l angkah menggalakkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk tersebut . Panjang rumusan hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan.   Malaysia sebuah negara yang unik berbanding dengan negara-negara lain di seluruh dunia. Bukan sahaja muka buminya dipenuhi dengan keindahan semula jadi yang menggamit kehadiran pelancong, malah masyarakatnya juga dilihat amat menarik. Ramai pengkaji antropologi dan sosiologi berpendapat bahawa kajian masyarakat Malaysia akan menemukan keseronokan jika kajian tersebut dijalankan dengan baik. Masyarakat Malaysia adalah masyarakat majmuk kerana terdiri daripada berbilang-bilang kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Selebihnya ialah masyarakat daripada keturunan campuran akibat asimilasi masyarakat tempatan dengan pendatang awal di Tanah Melayu.   Selain itu, keunikan masyarakat majmuk di negara ini dapat diliha...

ULANGKAJI NOVEL

Latihan  1  SOALAN 4 (a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan  dua persoalan kasih sayang  berserta contoh sesuai seperti yang terdapat dalam novel tersebut.               JENDELA MENGHADAP JALAN TINGKATAN 4 Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Jendela Menghadap Jalan hasil karya Ruhaini Matdarin. Pengarang mengemukakan persoalan kasih sayang dalam novel ini. Antaranya, persoalan kasih sayang anak terhadap ibunya. Contohnya, Lili amat menyayangi ibunya kerana dia mempertahankan maruah ibunya apabila datuknya memperkatakan sesuatu yang kurang baik tentang ibunya itu. Lili tidak setuju dengan ungkapan yang dikatakan oleh datuknya lalu mempertahankan maruah ibunya. Seterusnya, persoalan kasih sayang seorang sahabat. Contohnya, Danel sayang akan Lili kerana dia sanggup bertindak seorang diri untuk menyelamatkan Lili yang dikurung oleh Raik dan Haziq di dalam sebuah pondok usang pada su...

KATA KERJA

JAWAB SOALAN KUIZ DAN HANTAR SKOR LINK :  https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfYIcjlkzNIfyIqyHt3Isom0TyZjKjb8u3aRnYxsjEEV-UKnA/viewform?usp=sf_link

KARANGAN UMUM 3

DI SINI TERDAPAT DUA TAJUK KARANGAN UMUM (BAHAGIAN B..100 MARKAH) PELAJAR DIKEHENDAKI MEMBACA DAN MEMAHAMI ARAHAN SOALAN TERSEBUT DAN KEMUKAKAN 5 ISI/IDEA UTAMA YANG RELEVAN DENGAN KEHENDAK SOALAN. JAWAB KEDUA-DUA SOALAN TAJUK 1:  PELBAGAI AMALAN BOLEH DILAKUKAN OLEH MASYARAKAT KE ARAH MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN . ULASKAN PERNYATAAN TERSEBUT.          TAJUK 2 : PELABURAN ASING MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN EKONOMI GLOBAL. JELASKAN KEPENTINGAN PELABURAN ASING KEPADA NEGARA-NEGARA YANG TERLIBAT .

KARANGAN CONTOH 3

Kepentingan sektor industri pelancongan kepada rakysat dan negara K erajaan mula mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990, usaha ini menunjukkan bahawa kerajaan semakin memberikan perhatian yang serius kepada industri pelancongan kerana langkah ini berpotensi memajukan ekonomi negara. Setiap tahun bilangan pelancong yang datang ke Malaysia semakin meningkat. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Ramai pelancong sama ada dari luar ataupun dalam memilih negara kita sebagai destinasi pelancongan. Kedatangan pelancong ke negara membawa seribu rahmat   dapat meningkatkan ekonomi negara dari segi pengaliran wang asing masuk ke negara kita. Pelancong yang datang dari negara luar harus menukar mata wang negara mereka kepada mata wang Ringgit Malaysia sebelum boleh berbelanja di sini  Persoalannya, apakah kepentingan sektor pelancongan kepada rakyat dan negara kita?             ...

PENJODOH BILANGAN

JAWAB SOALAN DAN MUAT NAIK SKOR.. LINK : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfYIcjlkzNIfyIqyHt3Isom0TyZjKjb8u3aRnYxsjEEV-UKnA/viewform?usp=sf_link

KATA SINONIM

JAWAB SOALAN KUIZ DAN MAKLUMKAN SKOR LINK KUIZ :  https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf8HNtmM13LwXhtgvSYzBwrzCYzZLmnEZinALz7RrkzHJwhUw/viewform?usp=sf_link

JAWAPAN SISTEM BAHASA SET 2

JAWAPAN SISTEM BAHASA SET 2   Soalan b   1.  Fatihah menjelaskan pada rakannya bahawa dia semalam bermimpi menjadi seorang puteri raja. 2.  Latifah menjerit meminta bantuan dengan segera kerana anaknya yang masih kecil terkunci dalam keretadan dia tidak tahu membuka sendiri pintu kereta. 3.  Pak Man berasa marah dan meluahkan ketidakpuasaan hatinya terhadap orang yang menuduhnya sebagai pencuri. Pak Man turut nyatakan bahawa dia akan kerjakan orang yang sebar fitnah.     Soalan c   1.  Restoran Nasi Kandar Kapitan/memulakan 2.  Bersenam/seyogia 3.  Giat/lebuh raya   Soalan d   1.  Laman sosial/atas talian 2.  Imigran/kepelbagaian kaum 3.  Seni Khat/daripada/ kaligrafi   Soalan e   1.  besar hati 2.  Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. 3.  Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya/peribahasa yg ada kaitan dengan usaha diterima.

TEKA SILANG KATA

Imej

SISTEM BAHASA SET 2

Latihan Tatabahasa (Set 2)   (a)  Tulis  satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.   (i)  faham (ii)  memahami (iii)  pemahaman (iv)  keras (v)  pengeras (vi)  mengeraskan  [6 markah ]   (b)  Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah   (i)  “Semalam saya bermimpi bahawa saya menjadi seorang puteri raja,” kata Fatihah kepada rakannya. (ii)  “Tolong, tolong! Anak saya terkunci di dalam kereta.  Anak saya masih kecil dan tidak tahu membuka sendiri pintu kereta. Cepat, cepat tolongnya,” jerit Latifah. (iii)  “Cis! Aku pantang orang menuduh aku mencuri. Jangan sampai aku tahu siapa yang buat semua fitnah ini, habis aku kerjakan,” kata Pak Man kepada orang kampung.    [6 markah ]   (c)...

KARANGAN CONTOH

sila baca dan fahamkan maklumat yang terkandung dalam karangan contoh. ketika anda membuat bacaan sila fokuskan pada kedudukan idea utama dan ayat susulan (ayat huraian) dan kandungan ayat susulan tersebut.b beri perhatian terhadap teknik penggunaan peribahasa dalam karangan. karangan contoh :   https://drive.google.com/file/d/1ny2V6ogWytbyMM5POZoq3WKm6u6VRzB7/view?usp=sharing

WWW.SIBERMERDEKA.COM

Imej
WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY     (Abdul Ghafar Ibrahim) MAKSUD SETIAP RANGKAP Rangkap pertama  -Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan bagi menyelesaikan segala masalah / kesusahan yang dihadapinya. Rangkap kedua  -Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain. Rangkap ketiga  -Dalam kehidupan penyajak, dia sering berhadapan dengan pelbagai dugaan yang menguji kesabaran dan keimanannya. Rangkap keempat  -Penyajak yang berasakan dirinya hebat sering terpedaya oleh nafsu. Namun begitu, penyajak cepat tersedar seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi. Rangkap kelima  -Penyajak sentiasa berusaha membaiki dirinya dengan bertekad untuk berubah ke arah kebaikan walaupun dia tidak mengetahui apa-apa yang bakal ditempuhnya pada hari-hari yang mendatang. Rangkap keenam  -Penyajak yang semakin beru...