SISTEM BAHASA SET 2

Latihan Tatabahasa (Set 2)

 

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

 

(i) faham

(ii) memahami

(iii) pemahaman

(iv) keras

(v) pengeras

(vi) mengeraskan

 [6 markah]

 

(b) Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah

 

(i) “Semalam saya bermimpi bahawa saya menjadi seorang puteri raja,” kata Fatihah kepada rakannya.

(ii) “Tolong, tolong! Anak saya terkunci di dalam kereta.  Anak saya masih kecil dan tidak tahu membuka sendiri pintu kereta. Cepat, cepat tolongnya,” jerit Latifah.

(iii) “Cis! Aku pantang orang menuduh aku mencuri. Jangan sampai aku tahu siapa yang buat semua fitnah ini, habis aku kerjakan,” kata Pak Man kepada orang kampung.

 

 [6 markah]

 

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

 

(i) Kami bersepakat untuk mengisi perut yang kosong di restoran nasi kandar kapitan yang sangat popular itu sebelum memulai lawatan ke Pulau Pinang.

(ii) Rakyat Malaysia ternyata kurang senam dan beriadah, sayogia hanya 25 peratus sahaja yang terbabit dalam aktiviti tersebut.

(iii) Pihak kerajaan sedang bergiat memperlebar lebuhraya di Johor kepada tiga lorong untuk mengurangkan kesesakan lalulintas

[6 markah]

 

(d) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

 

(i) Kebanyakan pemilik akuan rangkaian sosial menggunakan aplikasi tersebut untuk berkongsi maklumat dan mempromosikan barangan serta perkhidmatan di atas talian.

 

(ii) Faktor kewujudan kepelbagaian kaum-kaum di negara kita ialah kemasukan imigrasi asing dari China dan India semasa zaman pemerintahan British.

 

(iii) Seni khat merupakan satu dari cabang kareografi yang berasaskan pertukangan dan semakin mendapat tempat dalam industri kraf tangan.

                        [6 markah]

 

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian lengkapkan ayat-ayat itu dengan peribahasa yang sesuai.

 

(i) Mangsa-mangsa banjir yang telah kehilangan tempat tinggal itu berasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak kerajaan yang mengumumkan pembinaan rumah baharu untuk mereka. Mereka sangat berbesar hati dengan pengumuman tersebut bersesuaian dengan peribahasa ___________________.

 

(ii) Ketua kampung sering menasihati penduduk kampung supaya tidak mementingkan diri sendiri dalam kehidupan bermasyarakat di kampung itu. Mereka janganlah menjadi seperti __________________________.

 

(iii) Dalam mengejar cita-cita pelbagai kesukaran akan ditempuh, namun ibu sering kali berpesan kepada anak-anaknya supaya sentiasa berusaha dan jangan mudah berputus asa kerana  ____________________________ .

                        [6 markah]

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BINA AYAT

PERIBAHASA

JENIS-JENIS AYAT