PERIBAHASA
Peribahasa dan Maksud
Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
Biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
1.PELAJAR DIKEHENDAKI MEMBACA PERIBAHASA DAN MAKSUDNYA. 2.PILIH 5 PERIBAHASA DAN BINA AYAT MENNGUNAKAN PERIBAHASA TERSEBUT. |
Nur Adani Darwisyah Binti Ruslan
BalasPadam1 )Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
Contoh ayat: "Kamu ni Aiman, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Sekarang tengok apa sudah jadi pada kamu. Janganlah melakukan sesuatu jika kamu tidak mahu tanggung derita tersebut." kata Rafiq.
2)Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Contoh ayat: Anak-anak perlu diajar untuk tidak membuang sampah merata-rata sejak dari kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
3)Kacang lupakan kulit
Contoh ayat: Zahra bagaikan kacang lupakan kulit kerana tidak mempedulikan orang tuanya yang berada di kampung setelah dia bekerja di bandar.
4)Bagai lembu dicucuk hidung
Contoh ayat : Hakimi selalu menurut apa sahaja kehendak kawan-kawannya yang sering membulinya, bak kata pepatah, seperti lembu dicucuk hidung.
5)Sediakan payung sebelum hujan .
Contoh ayat: Ibu selalu berpesan pada saya agar sediakan payung sebelum hujan supaya saya sentiasa berjaga-jaga agar tidak ditimpa apa-apa kejadian yang tidak diingini.
satu ayat shj...ayat pertama ada dua ayat..
Padamuntuk- supaya....ayat kedua tergantung
3 & 4 betul.....
5 kurang tepat struktur ayat
1.Sediakan payung sebelum hujan.
BalasPadamContoh ayat: Ibu berpesan pada saya bahawa sediakan payung sebelum hujan supaya mengulang kaji sebelum menghadapi peperiksaan bagi mengurangkan stress.
2.Kacang melupakan kulit.
Contoh ayat:Azmin berkelakuan kacang melupakan kulit selepas menamatkan Pengajian Tinggi di luar bandar dan tidak menghiraukan kasih sayang dan kebaikan yang telah diberi oleh kedua-dua ibu bapanya.
3.Bagai aur dengan tebing.
Contoh ayat: Nazri dan Ramu adalah kawan sejati yang boleh diperkatakan bagai aur dengan tebing kerana mereka dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya dalam pelajaran.
4.Bagai ikan pulang ke lubuk.
Contoh ayat: Abigail berasa sungguh gembira kerana dia balik ke kampunya apabila sudah tamat kursusnya di bandar bagai ikan pulang ke lubuk.
5.Biar mati anak,jangan mati adat.
Contoh ayat: Nenek mengingati cucunya yang baru pulang dari luar bandar supaya tidak lupa untuk mengikuti adatnya bagi nenek biar mati anak,jangan mati adat
bahawa- supaya...stres..ayat tidak jelas..
Padam3 salah..
kampungnya...
4 betul..
5 sususnan maklumat tidak tepat
MAZUIN ALHAM
BalasPadam1)Sediakan payung sebelum hujan
Contoh ayat:Ayah sentiasa berpesan sediakan payung sebelum hujan sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.
2)Seperti lembu dicucuk hidung
Contoh ayat:Rafiq seperti lembu dicucuk hidung kerana sering mengikut apa sahaja yang disuruh oleh rakan-rakannya.
3)Bagai kacang lupakan kulit
Contoh ayat:Adam seperti kacang lupakan kulit kerana tidak pernah menghubungi ibunya semasa dia belajar di luar negara.
4)Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Contoh ayat:Ibu mengajar kami supaya bijak menabung wang kerana sedikit-sedikit ,lama-lama jadi bukit.
5)Bagai kaca terhempas ke batu
Contoh ayat:Perasaan ibu bagai kaca terhempas ke batu apabila melihat sikap abang yang telah berubah sejak pulang dari bandar.
1 salah
Padam3 tidak jelas penggunaan peribahasa
4 boleh diterima
5 betul
1) Sedikit-sedikit lama-lama jadi
BalasPadamAmir memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan sebelum memiliki rangkaian pasaraya ternama itu kerana dia berpegang pada prinsip sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
2) Kacang lupakan kulit
Kita janganlah menjadi seperti kacang lupakan kulit umpamanya melawan ibu bapa atau guru kerana mereka telah banyak berjasa kepada kita.
3) Bak cendawan tumbuh selepas
Syarikat jualan langsung yang dipelopori oleh golongan bumiputera bak cendawan tumbuh selepas hujan kerana saban hari semakin ramai yang mendaftarkan perniagaan mereka.
4) Bagai kaca terhempas Ke batu
Perasaan Aina bagai kaca terhempas ke batu setelah mengetahui kecurangan suaminya.
5) Seperti lembu dicucuk hidung
Akmal seperti lembu dicucuk hidung kerana dia tidak pernah membantah permintaan rakan-rakannya walaupun permintaan itu mennyusahkannya.
bagus...semua betul
PadamSITI AYU MILITA
BalasPadam1. INDAH KHABAR DARI RUPA
CONTOH AYAT: Pantai yang saya lawati itu indah khabar dari rupa kerana penuh dengan sampah sarap dan tidak seperti dikatakan orang ramai bahawa pantai itu cantik dan indah.
2. BAK CENDAWAN TUMBUH SELEPAS HUJAN
CONTOH AYAT: Ramai lepasan SPM akan mencari pekerjaan sementara di Kuala Lumpur kerana dikatakan peluang pekerjaan di sana bak cendawan tumbuh selepas hujan.
3. KALAU TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG, MANAKAN DAPAT SAGUNYA
CONTOH AYAT: Jika kita hendak mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, kita perlulah berusaha untuk mencapainya kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
4. KACANG LUPAKAN KULIT
CONTOH AYAT: Perbuatan Arif bagaikan kacang lupakan kulit kerana dia melupakan kawannya yang sentiasa menolong ketika susah dan senang setelah Arif menjadi seorang model antarabangsa yang terkenal.
5. MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA.
CONTOH AYAT: Ibu bapa hendaklah menerapkan sikap gemar membaca dalam kalangan anak-anak sejak mereka masih kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
baik semua betul...
PadamNUR AQILAH BINTI MOHAMAD
BalasPadam1)DAYANG SUDAH DI TANGAN, PERAHU SUDAH DI AIR
- Sham bagai dayang sudah di tangan, perahu sudah di air apabila menerima surat tawaran daripada syarikat Airasia untuk menjadi sebagai juruterbang
2)BAGAI KACA TERHEMPAS KE BATU
-Ahmad berasa bagai kaca terhempas ke batu selepas menerima berita kematian kekasih hatinya.
3)BAGAI AUR DENGAN TEBING
-si ayah tersenyum bangga memerhatikan gelagat anak-anaknya bagai aur dengan tebing mengemas rumah ketika ibu mereka kurang sihat.
4)MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA
-pak Ali menyesal tidak mengajar anaknya akhlak yang baik dari kecil lagi barulah dia sedar kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya kerana setelah anaknya dewasa tidak mudah untuk mengubah sikap buruk anaknya itu.
5)BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING
-semua penduduk kampung Desa Ria bergotong-royong membersihkan kawasan kampung mereka, bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing .
apahal ni...dayang???????
Padamkekasih/buah hati......kekasih hati????? perasaan Ahmad..
3 kurang tepat
4 susunan ayat kurang tepat
5 betul
NUR AQILAH BINTI MOHAMAD
BalasPadam1)DAYANG SUDAH DI TANGAN, PERAHU SUDAH DI AIR
- Sham bagai dayang sudah di tangan, perahu sudah di air apabila menerima surat tawaran daripada syarikat Airasia untuk menjadi sebagai juruterbang
2)BAGAI KACA TERHEMPAS KE BATU
-Ahmad berasa bagai kaca terhempas ke batu selepas menerima berita kematian kekasih hatinya.
3)BAGAI AUR DENGAN TEBING
-si ayah tersenyum bangga memerhatikan gelagat anak-anaknya bagai aur dengan tebing mengemas rumah ketika ibu mereka kurang sihat.
4)MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA
-pak Ali menyesal tidak mengajar anaknya akhlak yang baik dari kecil lagi barulah dia sedar kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya kerana setelah anaknya dewasa tidak mudah untuk mengubah sikap buruk anaknya itu.
5)BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING
-semua penduduk kampung Desa Ria bergotong-royong membersihkan kawasan kampung mereka, bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing .
rujuk atas
PadamAIMI AQILAH
BalasPadam1) Bagai aur dengan tebing
Penduduk kampung muhibah berkejasama menjalankan gotong-royong bagai aur dengan tebing.
2)Bagai kaca terhempas ke batu
Hati Amirah bagai kaca terhempas ke batu apabila mengetahui markah peperiksaan matematiknya turun.
3)Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas
Kita hendaklah memelihara warisan budaya kita agar tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.
4)Melentur buluh biarlah dati rebungnya.
Amalan gaya hidup sihat mestilah dididik oleh ibu bapa dari kecil lagi bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya.
5)Bagai kacang lupakan kulit
Setelah hidup kaya raya Amar dan Raziq telah melupakan jasa ibu bapanya bagai kacang lupakan kulit.
bekerjasama
Padam2,3,4 boleh diterima
5 betul
Muhammad Haiziq Bin Mohd Nazri
BalasPadam1 )Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
Contoh ayat: "Kamu ni Alif, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Sekarang tengok apa sudah jadi pada kamu. Janganlah melakukan sesuatu jika kamu tidak mahu tanggung derita tersebut." kata Hafiz.
2)Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Contoh ayat: Anak anak perlu diajar supaya menghormati ibu bapa sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
3)Kacang lupakan kulit
Contoh ayat: Ikmal bagaikan kacang lupakan kulit kerana tidak mempedulikan kedua orang tuanya yang berada di kampung setelah dia sibuk bekerja di bandar.
4)Bagai lembu dicucuk hidung
Contoh ayat : Kamal selalu menurut apa sahaja kehendak kawan-kawannya yang sering membulinya, bak kata pepatah, seperti lembu dicucuk hidung.
5)Sediakan payung sebelum hujan .
Contoh ayat: Ibu dan bapa selalu berpesan kepada saya agar sediakan payung sebelum hujan supaya saya sentiasa berjaga-jaga agar tidak ditimpa apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku.
satu ayat shj...ayat pertama ada dua maklumat
Padam2 3 4 betul
5 salah
Nur Afrina Binti Nor Hisham
BalasPadam1)Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
-Hidup Aina kini lebih gembira kerana dia sudah dapat semua yang dia mahukan bak kata pepatah dayung sudah di tangan, perahu sudah di air.
2)Bagai aur dengan tebing
-Hubungan masyarakat di Kampung Durian Runtuh bagai aur dengan tebing kerana mereka sentiasa membantu antara satu sama lain.
3)Melentur buluh biarlah dari rebungnya
-Ibu bapa perlulah mendidik anak mereka melakukan perkara yang baik sejak mereka kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
4)Bagai ikan pulang ke lubuk
-Setelah hampir lima tahun Aqil menyambung pelajaran ke universiti di luar negara, akhirnya dia pulang ke rumah orang tuanya di kampung bak kaga pepatah bagai ikan pulang ke lubuk.
5)Kacang lupakan kulit
-Ahmad seperti kacang lupakan kulit apabila berada di bandar kerana dia tidak menghiraukan lagi ibu bapanya yang tinggal di kampung.
melanjutkan pelajaran
Padam2 3 4 betul
5 susunan ayat tidak jelas
1.Seperti lembu dicucuk hidung.
BalasPadamContoh-Sikap Lim yang seperti lembu dicucuk hidung menyebabkan dia sering dibuli oleh rakan-rakannya.
2.Kacang lupakan kulit.
Contoh-Segala perbuatan dan kebaikan Amar kepada Najib seperti kacang lupakan kulit apabila najib mendapat segala kesenangan hasil bantuan Amar.
3.Bak cendawan tumbuh selepas hujan.
Contoh-Rezeki hasil jualan dan minuman pada perhimpunan aman bersih semalam terlalu banyak baak cendawan tumbuh selepas hujan.
4.Sediakan payung sebelum hujan.
Contoh-Cikgu selalu berpesan pada saya bahawa, sediakan payung sebelum hujan supaya saya sentiasa berjaga-jaga dengan perkara disekeliling saya sebelum saya ditimpa apa-apa kejadian yang tak diingini.
5.Indah khabar daripada rupa.
Contoh-Orang ramai berbondong-bondong ke pasar raya yang bari dibuka itu kerana promosi yang cukup hebat, namun setelah tiba di sana, kualiti barang-barang yang dijual tidaklah sebaik mana.
1 kurang tepat
Padam2 tidak tepat
3 baak? ayat tergantung
5. bari????/ tidak tepat
i . Kacang lupakan kulit .
BalasPadamcontoh ayat - Segala perbuatan dan kebaikan Amar kepada Najib seperti kacang lupakan kulit apabila Najib mendapat segala kesenangan hasil bantuan Amar .
ii . Bab cendawan tumbuh selepas hujan .
contoh ayat - Rezeki hasil jualan makanan dan minuman pada perhimpunan aman bersih semalam terlalu banyak seperti cendawan tumbuh selepas hujan .
iii . sediakan payung sebelum hujan .
contoh ayat - Cikgu selalu berpesan pada saya bahawa sediakan payung sebelum payung sebelum hujan supaya saya sentiasa berjaga jaga dengan perkara di sekeliling saya sebelum saya ditimpa apa apa kejadian yang tidak diingini .
iv . Seperti lembu dicucuk hidung .
contoh ayat - Adam selalu menurut apa sahaja kata kawan kawannya yang nakal sehingga dia sendiri mengalami nasib yang sama . Bab kata pepatah , seperti lembu dicucuk hidung .
v . Indah khabar dari rupa .
contoh ayat - Ali tertipu dengan berita yang diterimanya mengatakan bahawa keputusannya begitu teruk sekali . Sedangkan semuanya indah khabar dari rupa , keputusan Ali sangat memberangsangkan .
1. tidak tepat
Padam2.bab?????...ayat tergantung
3.baca semula ayat...peribahasa tak tepat
4 betul
5 salah struktur ayat
1.Seperti lembu dicucuk hidung
BalasPadam=Shafiqq selalu menurut apa sahaja kata kawan-kawannya yang nakal sehingga dia sendiri mengalami nasib yang sama, seperti lembu dicucuk hidung
2.Bagai kaca terhempas ke batu
=Ali berasa bagai kaca terhempas ke batu selepas menerima berita kematian bapa saudaranya
3.Bagai aur dgn tebing
=Kehidupan masyarakat Kampung Pinang saling bantu-membantu antara satu sama lain bagai aur dengan tebing
4.Biar mati anak , jangan mati adat
=Masyarakat masih mengamalkan banyak adat istiadat lama kerana mereka percaya biar mati anak jangan mati adat
5.Melentur buluh dari rebungnya
=Anak-anak perlu diajar untuk tidak membuang sampah merata-rata sejak dari kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya
kata-kata kawannya...
Padam1.tidak jelas
2. istilah tidak tepat...cuba baca berulang kali
3.saling membantu/ bantu-membantu
4 5 boleh diterima
1.Biar mati anak,jaga mati adat.
BalasPadam="Janganlah sesekali awak membelakangkan adat resam keturunan kita bak kata pepatah biar mati anak,jaga mati adat,"kata Pak Cik Daniel kepada anaknya.
2.Bukit sama didaki,lurah sama dituruni.
=Hubungan yang rapat antara mereka berdua menyebabkan Hanim dan Atirah sanggup menghadapi susah senang bersama-sama bak kata pepatah bukit sama didaki,lurah sama dituruni.
3.Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri ,lebih baik di negeri sendiri.
=Kita hendaklah mempunyai semangat cinta akan tanah air dan sedar bahawa hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,lebih baik di negeri sendiri.
4.Hati gajah sama dilapah ,hati kuman sama dicecah.
=Penghuni rumah anak-anak yatim itu sentiasa berpegang pada pepatah hati sama dilapah,hati kuman sama dicecah kerana mereka sentiasa menanggung susah senang bersama-sama.
5.Tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas.
=Peribahasa sentiasa menjadi pegangan dalam hidup masyarakat kerana pengaruhnya yang tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas.
1 2 3 4 betul...
Padam5 tidak jelas...
i.SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN
BalasPadamcontoh ayat:ibu dan ayah menasihati saya berjimat-cermat dan menyimpan wang untuk kegunaan di masa hadapan.seperti kata bidalan sediakan payung sebelom hujan.
ii.BIAR MATI ANAK,JANGAN MATI ADAT
contoh ayat:banyak adat istiadat lama masih diamalkan oleh masyarakat kini,kerana mereka percaya biar mati anak jangan mati adat.
iii.MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA
contoh ayat:anak -anak perlu diajar supaya menghormati ibu bapa sejak kecik lagi kerana melentur bulu biarlah dari rebungnya.
iv.BAK CENDAWAN TUMBUH SELEPAS HUJAN
contoh ayat:rezeki hasil jualan makanan dan minuman pada perhimpunan aman bersih semalam terlalu banyak seperti cendawan tumbuhan selepas hujan.
v.SEPERTI LEMBU DICUCUK HIDUNG
contoh ayat:dia seperti lembu dicucuk hidung dengan mengikut apa sahaja arahan orang yang telah memberi rahsuah kepadanya.
sebelum...1 2 3 5 betul..
Padam4 tergantung
NURNAZIRAH BINTI ABDUL RAHMAN
BalasPadam1)YANG BULAT TIDAK DATANG MENGGOLEK, YANG PIPIH TIDAK DATANG MELAYANG
=Kita haruslah berusaha jika ingin mendapatkan sesuatu kejayaan kerana tanpa usaha kita tidak akan memiliki apa yang kita impikan, kerana yang bulat tidak datang menggolek,yang
pipih tidak datang melayang.
2)IBARAT TELUR SESANGKAK,PECAH SEBIJI,PECAH SEMUA
=Apabila kita melakukan kerja secara berkumpulan,kita perlulah bekerjasama dan tidak melakukan sebarang kesilapan, ini ibarat telur sesangkak,pecah sebiji,pecah semua.
3)KACANG LUPAKAN KULIT
=Kesenangan dan kekayaan yang dimiliki oleh Iskandar telah membuatkan dirinya lupa akan keluarganya dan asal usulnya , dia umpama kacang lupakan kulit.
4)BUKIT SAMA DIDAKI,LURAH SAMA DITURUNI
=Michael dan Kumar sentiasa bersama dikala susah dan senang dan persahabatan mereka sudah terjalin selama tujuh tahun , peribahasa yang sesuai bagi mereka ialah,bukit sama didaki,lurah sama dituruni.
5)BARA YANG DIGENGGAM BIAR SAMPAI JADI ARANG
=Apabila menerima sesuatu tugasan , Ali akan menyiapkannya sehingga selesai, Ali bagaikan "bara yang digenggam biar sampai jadi arang" .
1 betul
Padam2tidak jelas
3 betul
4 betul
5. menyiapkannya sehingga selesai..????????
Mhudzma matarid
BalasPadam1.kacang lupakan kulit
- Ahmad bagai kacang lupakan kulit setelah bertahun-tahun tidak pulang ke kampung untuk menjenguk kedua orang tuanya
2.semua pelajar diingatkan supaya memenuhi ilmu di dada bagi menghadapi peperiksaan-peperiksaan yang akan datang tidak lama lagi bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan
3.bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat
-Penduduk di Kampung Durian saling ziarah-menziarahi kektika penyambut sebarang perayaan tanpa mengira latar belakang perkauman untuk mengeratkan silaturahim bak kata pepatah bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat.
4.seperti lembu dicucuk hidung
-Pak Karim seperti lembu dicucuk hidung apabila patuh akan segala kemahuan anak gadisnya meskipun tidak masuk dek akal
5.bagai aur dengan tebing
-penduduk Kampung Sentosa bagai aur dengan tebing dalam melaksanakan gotong-royong yang dianjurkan oleh ajk kampung itu setiap tahun .
1. ayat tidak jelas
Padam2. memenuhi....? ayat boleh diterima
3.kektika????kek apa????/ betul
4.dek akal????
5betul
1) Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
BalasPadamContoh ayat: Pak Atan menyesal tidak mengajar anaknya akhlak yang baik sejak kecil lagi. Barulah dia sedar kalau hendak melentur buluh biar dari rebungnya kerana setelah anaknya dewasa tidak mudah untuk mengubah sikap buruk anaknya itu.
2) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Contoh ayat: Qaidah bermati-matian menyiapkan projek pembinaan itu kerana dia sedar jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
3) Bagai kaca terhempas ke batu
Contoh ayat: Perasaan Atul bagai kaca terhempas ke batu setelah mengetahui kecurangan suaminya.
4) Seperti lembu dicucuk hidung
Contoh ayat: Ali seperti lembu dicucuk hidung kerana dia tidak pernah membantah permintaan rakan-rakannya walaupun permintaan itu menyusahkannya.
5) Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Contoh ayat: Dani dimarahi oleh ibunya kerana keluarga mereka telah mendapat malu akibat perbuatan buruknya itu bak kata pepatah ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua.
1 satu ayat sahaja..
Padam2 betul
3betul
4betul
5betul
NUR YASMIN QAIRUNISA
BalasPadamSeperti lembu dicucuk hidung
Contoh ayat : Danial seperti lembut dicucuk hidung kerana dia tidak pernah membantah permintaan isterinya walaupun permintaan itu menyusahkannya.
Bagai kaca terhempas ke batu
Contoh ayat : Ibu bagai kaca terhempas ke batu melihat perubahan anaknya yang baru berkahwin itu .
Bagai aur dengan tebing
Contoh ayat : Hubungan kakak dengan rakan baiknya Sarah bagai aur dengan tebing .
Yang bulat tidak datang menggolek ,yang pipih tidak datang melayang
Contoh ayat : Produk pertanian mampu menjadi peniagaan yang menguntungkan sekiranya para petani gigih berusaha, bak kata pepatah, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.
Sedikit - sedikit lama lama jadi bukit
Contoh ayat : Abang memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan sebelum memiliki pasaraya ternama itu kerana dia berpegang pada prinsip sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
3.tanda bacaan penting
Padam1 2 4 5 betul
Alyana yusma
BalasPadam1)Bagai kaca terhempas ke batu.
contoh: Lyana sangat sedih bagai kaca terhempas ke batu kerana kucing kesayangannya mati dilanggar kereta
2)Sedikit-sedikit , lama-lama jadi bukit .
contoh: Saya menyimpan duit belanja setiap hari bagi membuat persediaan ketika kecemasan kerana sedik-sedikit, lama-lama jadi bukit.
3)Bak cendawan tumbuh selepas hujan.
contoh: Rezeki jualan ibu pada hari ini lebih banyak berbanding daripada hari sebelum ini seperti bak cendawan tumbuh selepas hujan.
4)Biar mati anak , jangan mati adat.
contoh: Ketua kampung amat menitikberatkan tentang adat dan tradisi nenek moyangnya kerana baginya biar mati anak , jangan mati adat .
5)Sediakan payung sebelum hujan.
contoh: Ayah berhati-hati dan tidak boros dalam berbelanja supaya masih ada simpanan duit agar dapat digunakan ketika dalam kecemasan bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan .
1betul
Padam2.betul
3.susunan ayat tidak tepat
4. menitikberatkan tentang (tentang jgn guna)
5 ketika kecemasan.....
1.ahmad selalu bergaduh dengan saya walaupun hal kecil ,itu menyebabkan saya bagai kaca terhempas ke batu.
BalasPadam2.mei ling adalah orang seperti kacang lupakan kulit kerana mei ling telah lupakan kawanya apabila mendapat segala kesenangan hasil bantuan dari kawannya .
3. Kelvin tidak putus asa untuk mengerjakan sesuatu sehingga mencapai kejayaan seperti bara yang digenggam biar sampai jadi arang.
4.ibu sentiasa suruh saya menjimatkan duit walaupun 10 sen kerana sedikit - sedikit lama - lama jadi bukit .
5. Saya dan kakak saya sentiasa bergaduh, tetapi kita bagai aur dengan tebing apabila membersihkan kawasan rumahnya .
1.struktur ayat tidak tepat
Padam2.adalah ???/ ayat tidak tepat
3.boleh diterima
4.tidak tepat
5. penggunaan tidak tepat
Yazid
BalasPadam1.sediakan payung sebelum hujan
Contoh: Puan Alia menasihati anak-anaknya supaya berjimat-cermat dan menyimpan wang untuk kegunaan di masa hadapan.
2.kacang lupakan kulit
Contoh: kita janganlah menjadi kacang lupakan kulit umpamanya melawan ibu bapa atau guru kerana mereka telah banyak berjasa kepada kita.
3.melentur buluh biarlah dari rebungnya
Contoh:Pak Abu menyesal tidak mengajar anaknya akhlak yang baik dari kecil lagi. Barulah dia sedar kalau hendak melentur buluh biar dari rebungnya kerana setelah anaknya dewasa tidak mudah untuk mengubah sikap buruk anaknya itu.
4.berat sama dipikul , ringan sama dijinjing
Contoh: semua penduduk kampung bergotong royong membersihkan kawasan mereka , bak kata pepatah berat sama dipikul , ringan sama dijinjing.
5.bagai aur dengan tebing
Contoh: hubungan Neymar dan Mbappe bagai aur dengan tebing kerana mereka sangat rapat dan saling bekerjasama.
1. peribahasa mesti wujud dalam ayat yg dibina..
Padam2 betul...masalah istilah...
3.satu ayat shj
4 betul
5betul
pelajar sepatutnya jelas dengan penggunaan peribahasa dalam ayat. sebelum ini saya telah jelaskan tekniknya...
BalasPadammaksud peribahasa harus wujud sebagai pembayang dalam ayat yang dibina.
contoh: melentur buluh biarlah dari rebungnya....
Anak-anak harus didik dari kecil lagi tentang kepentingan menabung bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
pembayang peribahasa: didik dari kecil lagi.
Ehsan
BalasPadam1.Biar mati anak, jangan mati adat.
Kita harus berpegang teguh dengan adat resam Kita kerana nilainya yang tinggi bak kata pepatah biar mati anak,jangan mati adat.
2.Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Padi yang ditanam Pak Man tumbuh dengan cepat sekali Bak cendawan tumbuh selepas hujan
3.Indah Khabar dari rupa
Kereta yang dijual di pekan itu diperkhabarkan dengan rupa yang cantik tetapi sebaliknya,Bak kata pepatah,indah Khabar dari rupa.
4.Bagai aur dengan tebing
Hubungan persahabatan Rafiq Dan Kyle sangat lah rapat Dan mereka saling berkerjasama bagai aur dengan tebing.
5.Bagai kacang lupakan kulit
Azman tidak pulang ke tempat asalnya setelah menetap di kuala Lumpur bagai kacang lupakan kulit
1.Bagai aur dengan
BalasPadamtebing
Contoh ayat:Tuk penghulu menasihati anak buahnya supaya saling bekerjasama bagai aur dengan tebing supaya semua kerja dapat dilakukan dengan mudah.
2.Biar mati anak,jangan mati adat
Contoh ayat:Salman terlalu marah terhadap anaknya, Halim yang tidak mengambil berat tentang adat tradisi nenek moyangnya,baginya,biar mati anak,jangan mati adat.
3.Hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah.
Contoh ayat:Sebagai ketua,Adi tidak pernah mengambil wang lebih banyak daripada kawan-kawannya.Dia berlaku adil kerana hati gajahat sama dilapah,hati kuman sama dicecah.
4.Di mana bumi dipijak,di situ langit dijunjung
Contah ayat:Jadilah rakyat yang berbakti dan setia kerana di mana bumi dipijak,di situ langit dijunjung.
5.Indah khabar dari rupa
Contoh ayat:Kecantikan Maryam,anak Mak Yah,tidaklah seberapa.Ceritanya sahaja yang melebih-lebih,bak kata pepatah Melayu indah khabar dari rupa.
☝Nurul Nazihah
Padam1. duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi
BalasPadamContoh : Ketua Kampung Aur itu mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan ketua kampung kampung lain kerana kebijaksanaannya memimpin.
2. indah khabar dari rupa
Contoh : Keadaan pulau perhentian itu lebih indah khabar dari rupa.
3. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Contoh : Persahabatan Ali dan Abu ibarat bukit sama didaki, lurah sama dituruni.
4. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Contoh : Pak Osman sering mengeluh, kerana hidupnya tak semewah orang lain bab kata pepatah yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang.
5. kacang lupakan kulit
Contoh : Sikap Aimi seperti kacang lupakan kulit disebabkan dia telah menghina ibu bapanya yang tidak mampu memberikannya kemewahan.