SISTEM BAHASA SET 1
Latihan Tatabahasa (Set 1)
Tuliss atu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
pulang
pulangan
memulangkan
mansuh
pemansuhan
memansuhkan
[6 markah]
Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.
Kumar:
Daniel,kau nak ke mana?
Daniel :
Tak ke mana-mana. Aku nak ambil angin sekejap
Kumar:
Wah, Daniel hebat kau sekarang! Semua soalan fizik tadi kau boleh jawab.
Daniel:
Mana ada? Biasa aje.
Kumar:
Apa rahsia kau semakin bijak ni? Kongsilah dengan aku.
Daniel :
Tak adalah. Aku Cuma buat ulangkaji dan belajar dengan abang aku aje.
[6 markah]
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Pasar raya besar itu meletak papan tanda khas bagi memudahkan pelangan mereka membeli produk keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
Pengalaman luas dalam bidang akaun menjadi batu loncatan kepada wanita tersebut untuk menerajui syarikat konglomerat yang tersuhur itu.
Kumpulan jurutera tersebut berlepas ke Jerman pada minggu lalu untuk mendalamkan kemahiran menggunakan jentera berteknoloji tinggi dalam industri cari gali minyak.
[6 markah]
Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Kegiatan luar anak-anak perlulah ibu bapa awasi secara meluas agar mereka tidak terpengaruh dalam masalah sosial.
Ilmu tentang kehidupan merupakan pengalaman yang berguna kepada para remaja untuk merempuh kehidupan di masa akan datang.
Pihak Kementerian Kesihatan sentiasa mengalu-alukan pemberian darah daripada orang ramai supaya membantu menyelamatkan nyawa pesakit.
[6 markah]
Isi tempat kosong di bawah dengan menggunakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.
Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-murid di samping bekerjasama bagai …………….(i)……………… Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa kecemerlangan kerana …………..(ii)…………………. Sebagaimana yang diketahui, resepi kejayaan seseorang murid ialah permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana …………….(iii)……………….
[6 markah]
Ulasan
Catat Ulasan