BINA AYAT PERIBAHASA

BINA SATU AYAT SAHAJA....

1. ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

 

2. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

 

3. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

 

4. bagai aur dengan tebing

 

5. terapung sama hanyut, terenang sama basah

 

6. Sirih pulang ke gagang

 

7. setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga

 

8. ikan pulang ke lubuk

 

9. belut pulang ke lumpur

 

10. Usaha tangga kejayaan

 

11. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

 

12. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

 

13. genggam bara api, biar sampai jadi abu

 

14. hati hendak, semua jadi

 

15.  ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk

Ulasan

  1. 1.Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
    - Kita hendaklah membantu dan bekerjasama pada satiap masa bak kata pepatah bukit sama didaki, lurah sama dituruni.
    2.Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
    - Kita hendaklah mengamalkan prinsip hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
    3.Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
    - Penduduk kampung canggung bergotong-royong membersihkan kawasan kampung mereka, bak kata pepatah, berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
    4.Bagai aur dengan tebing.
    - Farah dan Hana bagai aur dengan tebing kerana saling bantu-membantu.
    5.Terapung sama hanyut, berenang sama basah.
    - Usahlah dicabar dua orang sahabat itu, mereka tidak gentar kerana mereka seperti terapung sama hanyut, berenang sama basah.
    6.Sirih pulang ke gagang.
    - Bagai sirih pulang ke gagang. Selepas sedekad menabur bakti di luar negara, jurulatih badminton itu pulang ketanah air utnuk melatih pemain Malaysia.
    7.Setinggi tebang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga.
    - Hisyam merantau sejak berpuluh-puluh tahun tetapi kembali semula ke kampung kerana setinggi terbang bangau, akhirnya hinggap dibelakang kerbau juga.
    8.Ikan pulang ke lubuk.
    - Rashid tahu yang anaknya pasti akan pulang ke rumah suatu hari nanti kerana dia tahu ikan pulang ke lubuk, begitu juga anaknya.
    9.Belut pulang ke lumpur.
    - Semenjak pulang ke kampung, Encik Malik sudah menjadi seperti belut pulang ke lumpur kerana tidak mahu tinggal di Kuala Lumpur lagi.
    10.Usaha tangga kejayaan.
    - Kita hendaklah berusaha dengan besungguh-sungguh dalam pelajaran demi masa hadapan kerana usaha tangga kejayaan.
    11.Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.
    - Oleh sebab dimana ada kemahuan, disitu ada jalan, Ali telah berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai keputusan SPM yang cemerlang.
    12.Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
    - Muhammad sentiasa tekun belajar dengan bersungguh-sungguh supaya cita-citanya menjadi doktor tercapai kerana dia tahu, jika tidak dipecahkan rayung,manakan dapat sagunya.
    13.Genggam bara api, biar sampai jadi abu.
    - Jangan mudah mengalah untuk menyelesaikan kerja.Kalau sudah genggam bara api, biar sampai jadi abu.
    14.Hati hendak, semua jadi.
    - Walaupun barang yang ingin dibeli mahal, Shabil tetap terus berusaha menabung duit kerana dia tahu hati hendak, semua jadi.
    15.Ikut resmi padi, semakin berisi semakin menunduk.
    - Para pelajar diingatkan supaya mengikut resmi padi, semakin berisi semakin menunduk apabila sudah berjaya nanti.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BINA AYAT

PERIBAHASA

JENIS-JENIS AYAT