PERIBAHASA

 SET 1

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemudian nyatakan tiga peribahasa sesuai dengan situas di dalam dialog:-

Dr. Hameed : Sebagai jiran kita mestilah bersikap jujur dan tidak mengamalkan sikap berpura-pura   kerana sikap ini boleh merenggangkan hubungan sesama jiran.

Rajesh            :  Betul tu  Dr Hameed. Kita bukan sahaja perlu bersikap jujur sesama jiran malah 
                          kita hendaklah sentiasa menghulurkan bantuan kepada jiran-jiran yang susah.

Mei Ling         :  Selain itu, kita seharusnya mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu kesilapan
                           kerana jiran-jiran kita turut menerima akibat daripada kesilapan yang kita lakukan.

Rajesh            :  Saya setuju dengan pendapat Mei Ling.


SET 2

Berikan satu peribahasa lain yang sama maksud atau hampir dengan peribahasa di bawah:-
(i)         Seperti embun di hujung tanduk
(ii)       Bagai pinang dibelah dua
(iii)      Masuk kandang kambing mengembek, masuk kendang kerbau menguak.


SET 3

Berikan maksud peribahasa di bawah.
(i)  Membaca jambatan Ilmu.
(ii)  Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
(iii) Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.


SET 4

Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut.

Ayah        : Syafik, jagalah diri haik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan diri dengan budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasthat orang tua-tua, iaitu ________(i)_______

Syafik      : Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam hati saya.

Ayah        : Di luar negara nanti ayah berharap Syafik belajarlah rajin-rajin. Setelah berjaya kelak, berkhidmatlah kepada negara ini kerana kerajaan memerlukan tenaga muda untuk membangunkan negara, bak kata peribahasa _______(ii)_________

Syafik      : Saya tidak lupa akan nasihat ayah itu.

Ayah       : Satu lagi, jika ada peluang, jelajahilah negara orang dan timbalah pengalaman sebanyak banyaknya kerana _________(iii)_________



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BINA AYAT

PERIBAHASA

JENIS-JENIS AYAT