POLA AYAT 2
1. Gelang emas yang dihadiahkan kepada isterinya itu cantik sungguh.
2. Buah durian di belakang rumah Pak Lazim sudah gugur.3. Semua perkakas di dalam bilik darjah sekolah kami daripada kayu jati.
4. Penyanyi muda yang berkasut kulit buatan Itali itu adik Mat Rashid.
5. Bangunan kelab sukan di penjuru jalan itu sudah usang benar.
6. Dua sisir sikat rambut di almari telah dibeli oleh kakak Gopal.
7. Basikal pam angin yang sedang ditunggangi oleh adik ialah jenis Raleigh.
8. Pengawal peribadi menteri yang baru bersara itu dari kampung saya.
9. Kayu pembaris kepunyaan abang Foo Ying dipinjamkan kepada cikgu.
10. Kereta lama yang tidak boleh bergerak lagi kerana kehabisan minyak pelincir itu kepunyaan abang David.
11. Ayah Hafiz ke kedai membeli getah pemadam untuk anaknya.
12. Umur batu penanda di jalan raya itu cukup tua.
13. Lebah betina yang menyengat budak kecil itu akhirnya telah mati dipukul.
14. Mereka ke kampung itu untuk melihat kambing jantan Pak Manaf yang berkaki lima.
15. Gerabak kereta api untuk penumpang perempuan sahaja itu sungguh cantik.
16. Penduduk rumah pangsa yang berhijrah ke bandar untuk mencari kerja kaum lelaki belaka.
17. Bantuan ini untuk orang kampung yang menjadi mangsa banjir.
18. Ketua negara itu sentiasa mengingatkan penghuni kota supaya berdikari.
19. Bilangan anak bandar yang tidak mengetahui nama pokok itu sedikit sekali.
20. Yang bergotong-royong membersihkan kawasan pinggiran itu orang Kampung Sentosa.
21. Keluarga yang baru sampai petang tadi dari Pantai Timur.
22. Api itu sukar dipadamkan kerana angin barat daya sedang melanda ketika itu.
23. Penduduk kampung itu mulai risau kerana air sungai simpang kiri terus menurun.
24. Jalan belakang rumah kampung yang gelap sentiasa itu ialah jalan mati.
25. Jam tangan yang baru dibelinya untuk isterinya.
26. Wanita India zaman dahulu menggemari gelang kaki.
27. Pemuda yang meragut rantai leher wanita tersebut amat ganas.
28. Lelaki yang tidak lagi kelihatan batang hidungnya itu ialah adik Othman.
29. Sejak menggunakan motor diesel, penggunaan minyak kereta Azman amat kurang.
30. Keluarga yang tinggal di pangsapuri itu masih menggunakan dapur gas apabila memasak.
31. Mereka yang suka belayar di lautan dengan hanya menggunakan perahu layar ialah pedagang dari seberang.
32. Enjin kereta api Senandung Malam antara yang dibaik pulih.
33. Waktu hari keramaian, ramai orang kampung akan ke bandar.
34. Menara gading yang diisi borang permohonannya oleh mereka ialah Universiti Malaya.
Ulasan
Catat Ulasan