LATIHAN 1 1.abai 2.terabai 3.diabaikan 4.mengabaikan LATIHAN 2 1. panjang 2. berpanjangan 3.terpanjang 4.dipanjangkan LATIHAN 3 1.lebar 2.kelebaran 3.melebarkan 4.memperlebar
Peribahasa dan Maksud Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh. Yang lama dikelek, yang baharu didukung Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu. Seperti lembu dicucuk hidung Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh. Bagai kaca terhempas ke batu Maksud : Sangat sedih atau kecewa. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat. Bagai Aur Dengan Tebing Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Maksud : mengalami susah senang bersama-sama. Bara yang digenggam biar sampai jadi arang Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri Maksu...
JENIS-JENIS AYAT Ayat-ayat dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. Ayat Penyata 1. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal. 2. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan. 3. Ayat contoh: a) Pelajar-pelajar sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. b) Normah tidak pergi ke sekolah pada hari ini. c) Dia suka menonton rancangan televisyen. d) Datuk sedang berehat di ruang tamu. e) Kami sekeluarga akan melancong ke Taiwan. Ayat Tanya 1. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal. 2. Terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya. 3. Tanda soal (?) diletakkan pada akhir ayat dalam tulisan. (i) Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya 1. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata. 2. Dalam tulisan, ...
Ulasan
Catat Ulasan