KARANGAN BAHAN RANGSANGAN TINGKATAN 5


  • DI ATAS MERUPAKAN  KBR YANG BERTAJUK LANGKAH LANGKAH MENGGALAKKAN ORANG RAMAI MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM.

  • PELAJAR DIKEHENDAKI PILIH SATU DARIPADA 3 IDEA UTAMA DAN HURAIKAN DALAM BENTUK PERENGGAN LENGKAP.

  • SATU PENGGAN SAHAJA

Ulasan

  1. Pada masa kini,masyarakat menggunakan pengangkutan sendiri disebabkan tidak ingin berkongsi kenderaan.Ia mungkin membazirkan duit untuk mengisi minyak kenderaan untuk menggurangkan pembaziran berlaku masyarakat boleh menggunakan pengangkutan awam bagi keperluan tersendiri dan boleh ditujui ke destinasinya.Terdapat langkah langkah menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam yang boleh mengurangkan masalah yang dihadapinya dengan menawarkan tambang yang berpatutan.Antaranya,pihak berkuasa haruslah mengurangkan harga tiket bagi masyarakat yang berpendapatan rendah termasuk juga warga emas dan anak-anak berumur kurang dari 7 tahun supaya mereka dapat menggunakan pengangkutan awam tersebut.Selain itu,masyarakat boleh mengadukan kepada pihak atasan supaya mereka dapat keadilan dan menyediakan keperluan asas dalam pengangkutan awam dan keselesaan bagi pengguna.Tambahan pula,pengguna juga harus mengetahui HAK PENGGUNA yang telah memberi perlindungan kepada pengguna.Hak pengguna memberi jaminan kepada pengguna supaya boleh dapat ganti rugi.Pengguna boleh menggunakan pengangkutan awam untuk sampai ke sesuatu destinasi dengan cepat serta boleh menjimatkan duit untuk mengisi minyak.Seterusnya,boleh memberikan diskaun kepada keluarga yang besar agar dapat mengurangkan beban mereka.Bagi pengangkutan awam yang kekurangan tempat duduk mestilah menyediakan kemudahan yang patut ada kepada masyarakat yang menggunakan pengangkutan awam tersebut.Jelasnya bahawa pihak berkuasa harus memantau pengangkutan awam dan kemudahan yang sedia lengkap.

    BalasPadam
  2. Pada pendapat saya, bagi langkah menggalakan orang ramai agar menggunakan pengangkutan awam dan meningkalkan pengangkutan yang sedia ada dirumah mereka adalah dengan meningkatkan mutu perkhidmatan. Sebagai contoh, pihak berkuasa iaitu kerajaan haruslah meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam iaitu dengan melaksanakan sistem tiket bersepadu. Menurut pantawan saya, terdapat beberapa aduan yang sama telah dibangkitkan oleh pengguna, yang menyatakan kepelbagaian sistem tiket telah menyukarkan mereka untuk menuju ke destinasi yang ingin dituju. Oleh itu, pihak kerajaan seharusnya mewujudkan sistem tiket bersepadu ini dengan harga yang mampu dibeli oleh orang ramai terutamanya golongan mereka yang berpendapatan rendah.Hal ini kerana sekiranya kerajaan melaksanakan sistem tiker bersepadu ini bukan sahaja mampu menjimatkan wang rakyat yang berpendapatan rendah,malah memudahkan orang ramai untuk mengatur perjalanan ke destinasi mereka dengan lebih mudah dan selesa. Maka, jika sistem tiket bersepadu ini dapat dijalankan dengan sempurna, sudah tentu jumlah penumpang pengangkutan awam akan semakin meningkat seperti mana yang diinginkan.Akhir kata, kerajaan memainkan peranan yang penting bagi memastikan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ejaan pantawan....tiker.....
      olahan menarik..lebih bercorak syarahan..

      Padam
  3. MAZUIN ALHAM

    Antara langkah untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam dengan menawarkan tambang yang berpatutan.Pada zaman ini,pengangkutan awam kurang digunakan oleh masyarakat kerana masalah tambang yang mahal.Masalah ini sering tercetus dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi yang amat memerlukan pengangkutan awam untuk ke tempat yang dituju.Pihak berkuasa mestilah mengambil perhatian dengan mengurangkan kos tambang pengangkutan awam yang lebih berpatutan supaya masyarakat akan lebih menggunakan pengangkutan awam ini.Pihak berkuasa haruslah mengurangkan harga tiket terutamanya untuk golongan warga emas,kanak-kanak dan juga pelajar-pelajar yang memerlukan perkhidmatan ini.Selain itu,memberikan potongan harga untuk pembelian tiket yang banyak.Seterusnya,pengguna juga haruslah bijak mengendalikan wang untuk pembelian tiket pengangkutan awam ini dengan memilih perkhidmatan yang lebih murah dan berpatutan.Dengan cara ini masyarakat akan lebih menggunakan perkhidmatan awam dan sekaligus dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan kes kemalangan jalan raya.Kesimpulannya,pihak berkuasa mestilah memantau harga tambang pengangkutan awam agar masyarakat akan menggunakan perkhidmatan ini tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak.

    BalasPadam
  4. Sathasha Viwayganantan7 April 2020 pada 7:37 PTG

    Pengangkutan awam di negara kita sedang berkembang maju. Kerajaan juga telah mengadakan pelbagai langkah untuk menggalakkan orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam bagi mengatasi masalah kesesakan khususnya di kawasan bandar.Untuk menyesuaikan diri di mata dunia dan memenuhi kehendak rakyat, Malaysia telah mengalami pelbagai anjakan paradigma. Kerajaan telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan awam berjalan lancar. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), Kereta api, komuter dan moden..Kerajaan juga telah mengadakan pelbagai langkah untuk menggalakkan orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam bagi mengatasi masalah kesesakan khususnya di kawasan bandar. Jelaskan langkah-langkah untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Untuk menyesuaikan diri di mata dunia dan memenuhi kehendak rakyat, Malaysia telah mengalami pelbagai anjakan paradigma. Kerajaan telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan awam berjalan lancar. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), Kereta api, komuter dan monorel. Jikalau bukan kita sebagai warganegara Malaysia yang menyokong pengangkutan awam, siapakah lagi yang mesti menyokongnya? Lantaran itu, langkah-langkah yang proaktif dan drastik hendaklah diimplementasi untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan a

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus....menarik...lain kali baca dan cuba menggunakan maklumat yang dicari untuk membentuk ayat sendiri.

      Padam
  5. Sejak akhir-akhir ini, kita dapat menyaksikan bahawa terdapat perkembangan dari segi jumlah penggunaan pengangkutan persendirian di jalan raya. Contohnya, kereta dan motorsikal. Ini menyebabkan pengangkutan awam seolah-olah dilupakan begitu sahaja. Oleh itu, terdapat langkah-langkah untuk menggalakkan orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam. Pertama, pengangkutan awam seperti teksi, LRT dan bas hendaklah meningkatkan mutu perkhidmatan mereka. Mutu ini tidaklah bermaksud kemajuan dalam teknologi yang digunakan dalam pengangkutan awam itu sahaja semata-mata. Contohnya, menambah kemesraan semasa melayan para pengguna atau penumpang kerana apabila mereka tidak melayan pengguna dengan mesra, ini akan menyebabkan ramai pengguna yang tidak menyukai untuk menggunakan pengangkutan awam. Oleh itu, apabila mutu perkhidmatan semakin meningkat, pastinya akan menarik minat orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam seterusnya, mengurangkan jumlah penggunaan kenderaan persendirian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sejak akhir-akhir ini....gunakan akhir-akhir ini....lebih selamat..
      olahan amat ringkas...tetapi jelas. masih ada ruangan untuk dibaiki.

      Padam
  6. Alyana Yusma

    Pada era globalisasi ini , masyarakat kini makin kurang menggunakan pengangkutan awam . Hal ini mendatangkan kesan buruk seperti bilangan kenderaan di atas jalan raya semakin meningkat dan menyebabkan kesesakan lalu lintas . Hal ini juga akan memberi kesan kepada prestasi seseorang pekerja dan seseorang pelajar . Oleh itu , antara langkah untuk menggalakkan orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam ialah dengan kerajaan hendaklah meningkatkan mutu perkhidmatan . Contohnya seperti membaiki atau membina tempat tunggu yang lebih selamat dan terang , pengangkutan awam yang lebih selamat dan tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna dan meletakkan harga tambang mengikut kemampuan semua orang. Dengan ini , masyarakat akan lebih berkeyakinan untuk menggunakan pengangkutan awam sekaligus dapat mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya serta dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas .

    BalasPadam
    Balasan
    1. idea banyak tetapi tidak diolah dengan jelas. kenyataan seolah-olah contoh. sepatutnya dijadikan sebagai huraian.

      Padam
  7. Pada pendapat saya, antara langkah untuk menggalakkan orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam ialah kerajaan perlu meningkatkan mutu perkhidmatan seperti pemasangan televisyen di dalam bas ekspres kerana perkara ini mendapat banyak komen yang baik daripada orang ramai. Hal ini kerana langkah ini dapat menghiburkan rakyat dalam perjalanan mereka. Para penumpang berpeluang untuk menonton pelbagai siaran televisyen ketika berada dalam perjalanan mereka dan menjadikan perjalanan lebih menarik. Perkara ini haruslah diperluaskan dalam pengangkutan awam yang lain seperti Komuter dan LRT untuk menarik lebih banyak penumpang menaiki pengangkutan awam. Selain menghiburkan para penumpang ketika dalam perjalanan, siaran televisyen juga mampu menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat dengan menyiarkan rancangan cinta akan negara, rancangan yang mengimbas kembali detik-detik bersejarah di negara kita dan sebagainya. Kemudahan seperti alat pendingin udara juga perlu dipertingkatkan bagi menjadikan penumpang berasa lebih selesa apabila menaiki pengangkutan tersebut. Kemudahan-kemudahan sampingan seperti ini pasti akan dapat meningkatkan bilangan penumpang pengangkutan awam kerana orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti dengan banyaran yang minimum. Manisfestasinya, langkah memasang televisyen memang dapat menarik perhatian para penumpang untuk menaiki pengangkutan awam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaupun bertaip tanda bacaan tolong beri perhatian...
      menarik...maklumat yang dicari boleh dimanipulasi untuk digunakan dalam ayat sendiri.

      Padam
  8. Pengangkutan awam di negara kita sedang berkembang maju. Kerajaan juga telah mengadakan pelbagai langkah untuk menggalakkan orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam bagi mengatasi masalah kesesakan khususnya di kawasan bandar. Sebagai contoh,langkah untuk mengalakkan orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam ialah dengan meningkatkan mutu perkhidmatan seperti melancarkan sistem bersepadu antara semua jenis rangkaian pengangkutan awam dengan menyediakan kemudahan pengangkutan yang bersambungan dan transit dengan setiap destinasi utama ke destinasi hiliran,sebagai contoh pengguna kereta api/LRT tidak perlu memparkir kenderaan di setiap stesen disebabkan wujud perkhidmatan bas awam yang efisien .Selain itu,kita boleh memodenkan sistem pengangkutan awam terutama di bandar-bandar besar contohnya dengan mengangkat taraf pengangkutan awam kepada perkhidmatan profesional kepada pengangkutan awam yanglebih canggih, lancar dan istimewa daripada kenderaan persendirian .

    BalasPadam
  9. Adani Darwisyah


    Pengangkutan awam di negara kita sedang berkembang maju. Kerajaan juga telah mengadakan pelbagai langkah untuk menggalakkan orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam bagi mengatasi masalah kesesakan khususnya di kawasan bandar. Sebagai contoh,langkah untuk mengalakkan orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam ialah dengan meningkatkan mutu perkhidmatan seperti melancarkan sistem bersepadu antara semua jenis rangkaian pengangkutan awam dengan menyediakan kemudahan pengangkutan yang bersambungan dan transit dengan setiap destinasi utama ke destinasi hiliran,sebagai contoh pengguna kereta api/LRT tidak perlu memparkir kenderaan di setiap stesen disebabkan wujud perkhidmatan bas awam yang efisien .Selain itu,kita boleh memodenkan sistem pengangkutan awam terutama di bandar-bandar besar contohnya dengan mengangkat taraf pengangkutan awam kepada perkhidmatan profesional kepada pengangkutan awam yanglebih canggih, lancar dan istimewa daripada kenderaan persendirian .

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan gunakan istilah sebagai contoh.....contohnya sudah memadai...
      ayat panjang sehingga maksud agak samar.

      Padam
  10. NUR AQILAH BINTI MOHAMAD

    Pada pendapat saya, sebagai mengukuhkan lagi usaha untuk menggalakkan masyarakat menggunakan pengangkutan awam ialah saya mencadangkan agar pihak kerajaan menawarkan tambang yang berpatutan kepada golongan warga emas mahupun golong pelajar. Hal ini kerana dapat lagi menggalakkan mereka menggunakan pengangkutan awam. Sebagai contoh, pihak kerajaan boleh membuat potongan harga kepada mereka yang menggunakan perkhidmatan awam. Kesimpulannya, hasrat pihak kerajaan untuk menggalakkan pengguna menggunakan kenderaan mereka sendiri untuk menuju ke destinasi mereka dapat dipertingkatkan.

    BalasPadam
  11. Pada pendapat saya , langkah yang perlu dibuat untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam , ialah menawarkan tambang yang berpatutan . Misalnya , bayaran yang dikenakan oleh pihak pengangkutan awam kepada pengguna pengangkutan awam perlulah berdasarkan jarak perjalanan destinasi yang ditujui oleh pengguna . Contohny , pengguna yang ingin ke destinasi yang jauh akan dikenakan bayaran yang lebih tinggi berbanding pengguna yang ingin ke destinasi yang lebih dekat . Selain itu , pihak pengangkutan awam juga bole menawarkan pakej istimewa kepada para pengguna seperti potongan harga mengikut kesesuain yang ditetapkan. Kesimpulannya , terdapat banyak lagi inisiatif yang boleh dilakukan oleh pihak pengendali pengangkutan awam untuk menarik lebih ramai pengguna pengangkutan awam sekaligus mendidik masyarakat untuk menjaga alam sekitar daripada tercemar dengan asap-asap yang dikeluarkan oleh kenderaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ejaan .....contohnya...boleh....kesesuaian..
      ayat peneguhan (ayat terakhir)...tidak jelas...

      Padam
  12. NUR AFRINA BINTI NOR HISHAM

    Berikutan dengan era globalisasi ini, kerajaan bertanggungjawab untuk memajukan negara dari semua sektor terutamanya sektor perkhidmatan. Kita sebagai penduduk malaysia perlulah bersama-sama memajukan negara kita. Salah satu langkah untuk menggalakkan orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam ialah dengan meningkatkan mutu perkhidmatan.Sebagai contoh, pihak pengurusan perkhidmatan bas awam perlu menyediakan jadual pergerakan bas mengikut masa dan tempat yang ingin dituju. Ini memudahkan orang awam untuk menggunakan bas awam. Selain itu, Pihak pengurusan penerbangan boleh meningkatkan mutu perkhidmatan dengan cara memberi bantuan atau layanan yang baik kepada orang awam terutamanya ketika menaiki kapal terbang. Oleh itu, pihak di bahagian pengangkutan awam perlu sentiasa menaiktaraf pengangkutan awam yang ada demi menggalakkan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam sekaligus dapat meningkatkan pendapatan ekonomi negara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. berikutan x ......gunakan ekoran/rentetan yg sesuai...
      ejaan...kata nama khas,,am,,
      sebagai contoh..x gunakan contohnya,
      idea agak mendatar

      Padam
  13. Nurnazirah Binti Abdul Rahman

    Pada pendapat saya, terdapat banyak langkah yang boleh pihak kerajaan laksanakan untuk menggalakkan orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam.Teknologi pengangkutan awam di negara Malaysia kini semakin berkembang pesat dan maju dari hari ke hari, ini menunjukkan bahawa pihak kerajaan untuk memikirkan langkah untuk mengekalkan pengguna untuk menggunakan pengangkutan awam dan mempercayainya.Antara langkah yang boleh pihak kerajaan laksanakn ialah dengan meningkatkan mutu perkhidmatan.Contohnya,apabila timbulnya permasalahan atau keluh kesah dari pengguna terhadap kualiti pengangkutan awam,pihak kerajaan sewajarnya menangani masalah tersebut dengan segera.Tambahan pula,setiap pengangkutan awam haruslah mempunyai ciri keselamatan dan keselesaan yang tinggi dan baik supaya pengguna tidak risau apabila menggunakan perkhidmatan ini.Pihak kerajaan juga perlulah menaik taraf setiap pengangkutan awam dengan mengubahnya menjadi lebih efisien dan terkini.Contohnya,dengan meningkatkan tahap kelajuan bagi komuter dan kereta api supaya pengguna dapat tiba ke destinasi yang dituju dengan cepat.Sistem pembayaran tiket pengangkutan awam juga haruslah berpatutan dan dapat ditampung orang ramai,ini dapat menarik lebih ramai pengguna untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan kerajaan ini.Seterusnya,bilangan kereta api dan bas awam haruslah ditingkatkan bagi memenuhi kehendak rakyat.Pihak kerajaan perlulah mencontohi negara Jepun yang menggunakan perkhidmatan kereta api melalui kuasa elektrik dan sentiasa berusaha untuk menjadikan pengangkutan awam di negara Malaysia setaraf negara Jepun.Kesimpulannya,pihak kerajaan sewajarnya memikirkan langkah-langkah yang lebih baik untuk pengangkutan awam di negara Malaysia ini kerana pemodenan sistem perhubungan darat merupakan inovasi yang penting ke arah mewujudkan mobilisasi sumber tenaga manusia pada tahap paling optimum.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus, menarik...
      tanda bacaan tlg beri perhatian..
      ejaan kata nama khas..

      Padam
  14. Pada pendapat saya,masyarakat lebih gemar menggunakan kenderaan sendiri berbanding pengangkutan awam kerana harga tambang pengangkutan awam mahal dan tidak mengikut kadar harga yang berpatutan.Hal ini boleh menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya kerana terdapat kenderaan yang banyak.oleh itu,kerajaan hendaklah mengambil inisatif untuk mengurangkan lambakan kenderaan di atas jalan raya.pihak kerajaan atau swasta bagi syarikat pengangkutan awam hendaklah menawarkan tambang yang berpatutan kepada masyarakat agar masyarakat dapat menggunakan pengangkutan awam dan juga dapat mengurangkan lambakan kenderaan di jalan raya.Hal ini,masyarakat dapat membeli tiket tambang dengan harga yang berpatutan dan juga boleh memanfaatkan pengguna pengangkutan awam dengan baik berdasarkan kadar harga yang bersesuaian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ejaan...
      tiket tambang??????????
      olahan tidak tersusun...tiada urutan...

      Padam
  15. Pada pendapat Saya, rakyat Malaysia termasuklah Saya sendiri lebih gemar menggunakn kenderaan masing - masing kerana ingin memudahkan atau mempercepatkan perjalanan ke tempat yang ingin dituju.Hal Ini juga kerana tambang yang dikenakan juga tidak berpatutan berbanding pengangkutan sendiri.Antara langkah yang boleh dilakukan oleh kerajaan awam atau pemandu kenderaan awam sendiri ialah dengan menurunkan sedikit harga bagi tambang kenderaan awam.Hal Ini sedemikian kerana kebanyakkan rakyat Malaysia sendiri tidak mempunyai kenderaan Dan berpendapatan rendah Dan mempunyai tanggungan lain untuk dibelanjakan.Selain itu,boleh juga memberi diskaun bagi Hari - Hari yang tertentu , contohnya Hari merdeka,Hari pekerja,Dan sebagainya.Di samping itu, menetapkan harga bagi golongan - golongan tertentu seperti warga emas,kanak - kanak Dan wanita. Kesimpulanya,kerajaan harus mengambil tindakan dengan segera untuk mengubah kedudukan harga tambang bagi pengangkutan awam atau membuat inisiatif lain untuk menggalakan orang ramai menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan masalah yang dihadapi di Malaysia seperti kesesatan Lalu lintas,Dan sebagainya supaya dapt dielakkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ejaan....kata nama khas,am, huruf besar(Dan...)
      mempercepatkan.....memepercepat
      tanda bacaan,,,,
      kerajaan awam??????
      harga tambang??????
      ayat peneguhan (ayat terakhir) tidak kukuh...

      Padam

  16. Pada pendapat saya, langkah - langkah untuk menggalakkan orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam ialah pihak kerajaan atau swasta perlu meneruskan usaha mengurangkan harga tiket pengangkutan awam melibatkan golongan warga emas, anak-anak dibawah umur, golongan pelajar malah warga yang menggunakan perkhidmatan awam setiap masa. Bahkan juga harga tiket boleh diberi potongan kepada keluarga yang menggunakan perkhidmatan awam dalam bilangan ahli keluarga yang besar. Sebagai contoh, jika sesebuah keluarga berkenaan membeli tiket sama ada bas atau kereta api untuk kegunaan ahli keluarga melibatkan sepuluh ahli keluarga ke atas, keluarga berkenaan boleh mendapat diskaun harga berbanding mereka membeli tiket secara individu. Sekiranya, potongan harga diberikan kepada kategori pengguna kereta api atau bas seperti yang saya perkatakan seperti di atas, sudah pasti masyarakat pengguna pengangkutan awam akan tertarik untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Hal ini kerana, pengguna akan mendapat keuntungan kerana kos yang mereka bayar untuk menggunakan pengangkutan awam amat berpatutan. Bagi penyedia perkhidmatan pengangkutan awam pula, mereka perlu sedar bahawa dengan adanya potongan harga sedemikian rupa, sudah pasti ruangan tempat duduk bas atau kereta api akan sentiasa penuh dan situasi ini sudah pasti akan menguntungkan mereka berbanding dengan harga tiket biasa, tempat duduk disediakan oleh perkhidmatan pengangkutan awam mereka sentiasa tidak diisi kerana konsep sama untung atau menang-menang perlu ada dalam kalangan pengguna dan penyedia pengangkutan awam di Malaysia. Sekiranya penyedia perkhidmatan awam terus menerus untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan keuntungan kepada pengguna, sampai bila-bila hasrat kerajaan untuk menggalakkan pengguna menggunakan perkhidmatan awam tidak akan menjadi kenyataan kerana pengguna lebih suka memilih untuk menggunakan kenderaan mereka sendiri untuk menuju ke destinasi mereka. Tegasnya, untuk menggalakkan masyarakat pengguna menggunakan sistem pengangkutan awam pihak kerajaan atau swasta perlu meneruskan usaha mengurangkan harga tiket pengangkutan awam melibatkan golongan warga emas, anak-anak dibawah umur, golongan pelajar malah warga yang menggunakan perkhidmatan awam setiap masa. Bahkan juga harga tiket boleh diberi potongan kepada keluarga yang menggunakan perkhidmatan awam dalam bilangan ahli keluarga yang besar.

    BalasPadam
  17. Langkah langkah yang boleh menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam ialah memasang televisyen di dalam bas supaya dapat orang ramai yang boleh berminat menaiki bas disebabkan boleh menonton tv sambil dapat sampai ke destinasi tersebut.hal ini boleh memperbayakkan orang menaiki pengangkutan awam dan juga boleh mengurangkan sesakan di sapanjang lalu lintas .disebabkan kurang kenderaan yang lalu kita juga dapat kurangkan pencemaran udara dan kita boleh hidup dalam suasana yang bersih .selain memasang television,kita juga boleh mengurangkan harga tiket ,disebabkan harga tiket yang tinggi banyak orang tidak mampu beli dan mereka ingin menjimatkan duit .hal ini menyebabkan kurang orang yang menaiki pengangkutan awam .disebabkan ini kerajaan harulah mengurangkan harga tiket supaya banyak orang mampu beli tiket tersebut.

    BalasPadam
  18. Nurul Nazihah Binti Khairul Azrai

    Sejak akhir-akhir ini, peningkatan kadar penggunaan kenderaan di jalan raya semakin bertambah dari hari ke hari. Hal ini kerana masyarakat di negara kita lebih suka menggunakan kenderaan sendiri berbanding berkongsi kenderaan atau menaiki pengangkutan awam.Namun sedar atau tidak, kita sebenarnya telah meningkatkan kadar peratus gas rumah hijau melalui tindakan luar kawal ini.Oleh itu, salah satu langkah untuk mencegahnya ialah dengan menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.Antara langkah-langkah bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam ialah dengan menawarkan tambang yang berpatutan.Khususnya, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan dengan mengurangkan harga tambang supaya masyarakat dapat menikmati kemudahan infrastruktur ini.Selain itu, golongan warga emas, kanak-kanak dan para pelajar juga wajar diberi peluang untuk menikmati kemudahan pengangkutan awam ini sekiranya pihak berkuasa bersetuju untuk mengurangi harga tiket.Seterusnya, pengguna juga perlulah bijak dalam membuat pembelian tiket.Hal ini kerana dikhuatiri pengguna akan ditipu oleh segelintir masyarakat yang kurang bertanggungjawab sehingga menyebabkan pengguna rugi dan trauma untuk menggunakan perkhidmatan awam lagi.Jelasnya, pihak berkuasa mestilah menyediakan harga tambang yang berpatutan dan rasional agar masyarakat dapat menikmati kemudahan pengangkutan awam ini dengan selesa.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BINA AYAT

PERIBAHASA

JENIS-JENIS AYAT