BINA AYAT

BINA SATU AYAT SAHAJA
PASTIKAN AYAT YANG DIBINA STRUKTURNYA BETUL .


LATIHAN 1

1.minimum
2.maksimum
3.efektif
4.inisiatif


LATIHAN 2

1.nasionalisme
2.mekanisme
3.sosialisme
4.vandalisme


LATIHAN 3

1.automatik
2.politeknik
3.subtopik
4.antibiotik

Ulasan

  1. M.Nathiya

    Latihan 1

    1.Minimum
    - Kawasan hospital terdapat had bilangan pelawat minimum bagi melawat pesakit di (ICU)Unit Rawatan Rapi.
    2.Maksimum
    -Pencuri itu akan dihukum maksimum 5 tahun kerana melakukan kesalahan yang besar.
    3.Efektif
    -Pihak berkuasa cuba untuk mengetatkan peraturan jalan raya yang efektif untuk mengurangkan kadar kemalangan.
    4.Inisiatif
    -“Pak cik Marul harap pihak sekolah akan mengambil inisiatif untuk menyediakan kemudahan untuk pelajar,kata Pak cik Marul kepada pihak sekolah”.

    Latihan 2

    1.Nasionalisme
    -Semangat nasionalisme harus dibangkitkan dalam kalangan sekolah supaya mereka menghargai jasa mereka serta menjaga keamanan negara.
    2.Mekanisme
    -Kilang Getah itu telah dibina dengan mekanisme daripada semua orang tidak kira dari segi agama dan bahasanya.
    3.Sosialisme
    -Beribu tahun lepas,sosialisme merupakan tokoh-tokoh yang memberi idea yang sama rata.
    4.Vandalisme
    -Kalangan pelajar telah melibatkan diri dalam gejala social seperti vandalisme dan merosakan benda awam.

    Latihan 3

    1.Automatik
    -Negara kini maju dengan pintu automatik yang boleh mengurangkan beban rakyat.
    2.Politeknik
    -“kamu dapat tawaran memasuki Instutusi politeknik yang berada di Selangor,kata Ali kepada kawannya dengan perasaan yang gembira”.
    3.Subtopik
    -Guru mata pelajaran sains telah mengajar subtopik yang tidak dapat memahaminya oleh pelajar sehingga mereka tidur dalam kelas.
    4.Antibiotik
    -Ubat antibiotic sering diberikan kepada kanak dan juga dewasa kerana ia boleh membunuh kuman seperti virus dan sebagainya.

    BalasPadam
  2. Latihan 1

    1.Minimum
    - Malam tadi, pengangkutan kerajaan yang dalam perjalanan melalui laluan lalu lintas awam minimum telah dirampas.
    2.Maksimum
    - Calon STPM menduduki maksimum lima mata pelajaran.
    3.Efektif
    - Seperti yang diramalkan, perbualan itu tidak efektif atau ikhlas.
    4.Inisiatif
    - Semasa malam peringatan, ambillah inisiatif untuk mengalu-alukan para tetamu.

    Latihan 2

    1.Nasionalisme
    - Sewaktu ini, hubungan antara etnik makin tegang dan semangat nasionalisme makin mekar.
    2.Mekanisme
    - Beberapa mekanisme telah disiasat, termasuk kilat dan sinaran.
    3.Sosialisme
    - Pernah sekali, saya memuji kerajaan komunisme dan sosialisme yang disokong ayah saya.
    4.Vandalisme
    - Syahmi pernah terlibat dalam empat jenayah vandalisme.

    Latihan 3

    1.Automatik
    - Pasukan ke-lima di layakkan secara automatik untuk piala UEFA.
    2.Politeknik
    - Saya bercadang untuk menyambung pelajaran di politeknik.
    3.Subtopik
    - Subtopik yang di ajar oleh guru Bahasa Melayu ialah tatabahasa.
    4.Antibiotik
    - Doktor Sofia mengingatkan pesakitnya supaya menghabiskan antibiotik itu dalam masa seminggu.

    BalasPadam
  3. LATIHAN 1
    1.minimum:Kawasan pantai Sarawak dan timur laut Sabah mengalami corak hujan satu maksimum dan satu minimum
    2.maksimum:Sedangkan suhu maksimum terendah 30,40c pada bulan januari dan tertinggi pada bulan september 34,30c
    3.efektif:Namun pihak polis menghalang cadangan untuk pemantauan luar yang bebas dan efektif seperti Suruhanjaya Aduan dan salah laku polis yang bebas.
    4.inisiatif:Dengan adanya inisiatif ini diharap para belia dapat memanfaatkan pelican yang sedia ada untuk berbakti dan memberi sumbangan kepada negara.
    LATIHAN 2
    1.nasionalisme:Kedatangan Amerika selama perang dunia ii,membangkitkan nasionalisme di pulau Vanuatu.
    2.mekanisme:Tidak terdapat satu mekanisme genetik yang tunggal di belakang perbezaan perbezaan antara jantina.
    3.sosialisme:Suatu kali,saya memuji komunisme dan sosialisme yang didukung oleh ayah
    4.vandalisme:Vandalisme boleh memberi kesan kepada individu,masysrakat dan negara.
    LATIHAN 3
    1.automatik:Baru baru ini perbuatan roti domestik yang menghasilkan roti secara automatik menjadi popular di rumah.
    2.politeknik:Beliau juga pernah menjadi Pengerusi institut kajian strategik dan antarabangsa dan penasihat kepada Petronas.
    3.subtopik:Subtopik ini perlu dikuasai sebelum ujian.
    4.antibiotik:Sekiranya anda ambil antibiotik untuk jangkitan,pastikan anda habis makan ubat tersebut meskipun anda sudah berasa sihat.

    BalasPadam
  4. Ehsan

    Latihan 1

    1.Minimum
    – Pendapatan minimum bagi kerakyatan di Malaysia ialah RM 1200 sebulan.
    2.Maksimum
    – Jumlah pelawat muzium tersebut telah mencapai tahap maksimum.
    3.Efektif
    – Pihak Hakim cuba menyelesaikan dakwaan terhadap pesalah dengan efektif Dan cekap .
    4.Inisiatif
    – Pihak kerajaan harus mencari inisiatif untuk menyelesaikan masalah kes pembuangan bayi di Malaysia.

    Latihan 2

    1.Nasionalisme
    – Kita haruslah menanam sifat nasionalisme dalam diri Kita supaya Kita sedar Dan Mula berjasa kepada negara.
    2.Mekanisme
    – Syarikat ABC mempunyai mekanisme yang terbaik seperti pekerjanya.
    3.Sosialisme
    – Kerajaan mengambil contoh sosialisme sewaktu ketika dahulu untuk dijadikan petunjuk Dan teladan.
    4.Vandalisme
    – Kebanyakkan vandalisme dilakukan oleh kalangan Remaja yang tidak mematuhi arahan Pihak berkuasa.

    LATIHAN 3

    1.Automatik
    – Kenderaan automatik Mula diperkenalkan pada tahun 2019 dimana proton merupakan pengeluar pertama kereta automatik.
    2.Politenik
    Amin merupakan pelajar politeknik ungko Umar .
    3.Subtopik
    – Pelbagai subtopik yang diajar oleh cikgu kamarul Hari Ini.
    4.Antibiotik
    – Syasya terpaksa mengambil antibiotik setiap Hari kerana menghidap penyakit yang Pelbagai.

    4.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BINA AYAT

PERIBAHASA

JENIS-JENIS AYAT